Empat rakyat Palestin diculik rejim Zionis di Tebing Barat dan Jerusalem

Isnin,03-05-2021 – Rejim Zionis pada malam tadi dan awal pagi hari Khamis telah menculik sekurang-kurangnya empat orang rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik seorang pemuda dari perkampungan Jalbun di timur laut Jenin. Persatuan Tawanan Palestin mengenal pasti pemuda tersebut sebagai Mohamed Ibrahim, seorang pelajar universiti.

Di Baitullaham, rejim Zionis menculik seorang bekas tawanan dikenali sebagai Ahmed Tayeh selepas menggeledah rumahnya di bandar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan