Ahli Paramedik Baitulmaqdis Diusir dan Dikenakan Penahanan Rumah

Isnin,03-05-2021 – Hari Rabu lalu, polis rejim Zionis telah membebaskan seorang paramedik Baitulmaqdis setelah memutuskan untuk menempatkannya di bawah penahanan rumah selama lima hari dan melarang beliau daripada hadir di kawasan Bab al-Amud dan jalanan Sultan Suleiman selama dua minggu.

Pada malam Selasa lalu, pegawai polis telah menyerang secara fizikal beberapa orang paramedik Palestin di kawasan Bab al-Amud berhampiran Masjid Al-Aqsa dan menahan salah seorang daripadanya yang dikenali sebagai Louay Jaafira.

Pengarah Persatuan Perkhidmatan Kesihatan Amal Abdul-Majeed Abu Sneineh menjelaskan bahawa pasukan polis, pada malam itu, telah menyerang salah seorang kakitangan persatuan berikut ketika beliau sedang menjalankan tugasnya seperti biasa di Bab al-Amud dengan memberikan bantuan perubatan untuk orang awam yang mengalami kecederaan akibat serangan polis.

Abu Sneineh menambah bahawa pasukan polis memukul Jaafira dengan teruk sebelum menahannya, tanpa alasan.

Dia mengatakan bahawa Jaafira dibawa ke balai polis di Jalan Salahuddin di kota suci dan kemudiannya dibebaskan dengan syarat tidak meninggalkan rumah selama lima hari dan menjauhkan diri dari jalan Bab al-Amud dan Sultan Suleiman selama 15 hari.

Sejak hari pertama bulan suci Ramadan, polis rejim Zionis telah mengganggu ahli-ahli paramedik Palestin di kawasan Bab al-Amud dan menghalang tugas-tugas mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul