Kekurangan bekalan – Kilang roti terpaksa ditutup.

Isnin, 12/05/2008 –Pemilik kilang-kilang roti di Semenanjung Gaza mengumumkan kilang roti mereka terpaksa di tutup berikutan sekatan terhadap minyak, gas dan bekalan elektrik oleh pihak berkuasa Israel Ahad lalu.

Mereka menyatakan bahawa 50 kilang roti di Semenanjung Gaza akan berhenti beroperasi secara keseluruhan.

Mereka meminta pada semua pihak agar dapat membantu mengatasi masalah ini supaya mereka dapat meneruskan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.