Hamas – Sempadan Rafah Harus Dibuka Elak Pembunuhan Beramai-ramai Di Gaza.

Selasa, 13/05/2008 –Hamas meminta Mesir untuk membuka sempadan Rafah untuk membantu Gaza mengatasi sekatan yang dikenakan Zionis sekiranya Zionis tidak bersetuju dengan gencatan senjata. Sekiranya Mesir tidak bersetuju maka tindakan sama seperti meneruskan usaha membunuh rakyat Gaza

Mohamed Nazzal, ahli biro politik Hamas, menegaskan mereka yang bersama rakyat Gaza akan berusaha untuk menolong mereka tetap jika pihak Mesir enggan membuka sempadannya maka mereka bersekongkol dengan Israel dalam usaha-usaha pembunuhan ini.

Nazzal juga berkata bahawa usaha untuk menunggu tindakan PA untuk mengatasi sekatan ini tidak akan berhasil kerana PA adalah ahli tersembunyi perancangan Zionis sentiasa bekerjasama dengan mereka untuk menumbangkan kerajaan Hamas.