Warga emas Palestin cedera teruk ditembak rejim Zionis

Selasa,04-05-2021 – Rejim Zionis menembak dan menyebabkan kecederaan teruk┬áseorang wanita Palestin berusia 60 tahun di selatan Baitullaham pada pagi Ahad selepas mendakwa wanita berkenaan cuba menikam kumpulan tentera tersebut.

Akhbar Yahudi, Yediot Ahronot mendakwa wanita berkenaan cuba menyerang tentera dengan sebilah pisau di persimpangan Gush Etzion di selatan Baitullaham.

Akhbar tersebut menyatakan wanita tersebut yang berasal dari perkampungan Beit Husan, dibawa ke hospital Shaare Zedek di bahagian Jerusalem yang diduduki dengan kecederaan serius.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan