13 kematian, 718 kes baru corona di Palestin dalam tempoh 24 jam

Jumaat,07-05-2021 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, mengumumkan pada Selasa bahawa terdapat 13 kematian, 718 kes baru coronavirus dan 1,502 yang sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Kailah mengesahkan dalam laporan harian coronavirus bahawa 6 kematian dilaporkan di Tebing Barat, Jenin 1, Ramallah dan Al-Bireh 1, pinggiran Baitulmuqaddis 1, Tulkarem 1, dan Nablus 2, dan juga 7 kematian di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, taburan jangkitan baru adalah seperti berikut: Jenin 44, Tulkarem 24, Nablus 66, al-Khalil 50, Salfit 9, Qalqilya 8, Ramallah dan Al-Bireh 48, pinggiran Baitulmuqaddis 3, Bethlehem 5, Tubas 2, Jericho dan Al-Aghwar 1, dan Semenanjung Gaza 458.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati