
Rabu, 14/05/2008 –Menteri Kesihatan Isnin lalu telah memberi amaran bahawa seluruh perkhidmatan kesihatan di Semenanjung Gaza akan merosot berikutan seraangan berterusan dan kekurangan bahan api untuk operasi generator.
Menteri tersebut menyatakan bahawa kondisi kesihatan di Semenanjung Gaza mulai menurun apabila pihak Israel terus menerus melancarkan serangan dan menyekat kuasa pihak kerajaan.
Beliau memohon kepada WHO dan organisasi kemanusiaan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk memberhentikan permasalahan ini. Beliau turut berharap agar Negara Arab dan Negara-negara Islam yang lain untuk tidak mendiamkan diri terhadap ancaman pihak Zionis ini.