Oxfam: Dunia patut mendesak Israel mematuhi perjanjian-perjanjiannya.

Rabu, 14/05/2008 –Jeremy Hobbs, Pengarah Eksekutif Oxfam International, telah menyeru masyarakat dunia untuk memaksa kuasa pendudukan Israel mematuhi perjanjian-perjanjian perikemanusiaannya terhadap penduduk-penduduk Semenanjung Gaza.

Hobbs dalam satu siaran akhbar pada hari Ahad berkata bahawa rejim Zionis harus bergerak pantas bagi mengelakkan masalah kesihatan di semenanjung.

Beliau berkata bahawa Israel mestilah membenarkan dan tanpa melewatkan kemasukan bekalan bahan api
penting untuk stesen janakuasa Gaza. Beliau merayu kepada semua pihak untuk menjamin keselamatan sempadan Nahal Oz untuk menjamin keselamatan aliran bahan api dan kesihatan serta bekalan-bekalan
air.

Pengarah Oxfam menggariskan yang organisasinya tidak akan membekalkan senjata kerana kejatuhan 1.5 juta orang warganegara yang bergantung pada bantuan kemanusiaan yang mereka lanjutkan sekatan, yang telah melumpuhkan lebih sepuluh bulan pengepungan.

One reply on “Oxfam: Dunia patut mendesak Israel mematuhi perjanjian-perjanjiannya.”

Good post! I plan to move into this stuff after I’m done with school, as most of it is time consuming. It’s a great post to reference back to. My blog needs more time to gain in popularity anyway

Comments are closed.