Lebih kurang 305 rakyat Palestin cedera dalam keganasan polis di Jerusalem

Rabu , 12-05-2021 – Sekurang-kurangnya seramai 305 orang telah cedera dalam serangan oleh polis Israel ke atas perkarangan dan kawasan sekitar masjid al-Aqsa di timur bandar lama Jerusalem yang diduduki, Bulan Sabit Merah Palestin berkata pada hari Isnin.

Lebih kurang 228 orang telah dipindahkan ke tiga hospital di Jerusalem, dan tujuh orang berada dalam keadaan kritikal. Menurut radio tentera Yahudi, 21 orang anggota polis Israel telah cedera dalam pertempuran dengan pemuda Palestin di kawasan berbeza di Jerusalem dan di dalam perkarangan masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan