Sembilan Warga Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel di Utara Gaza

Rabu , 12-05-2021 – Pesawat tempur Israel telah melepaskan sejumlah peluru berpandu pada perhimpunan warga
Palestin di Beit Hanun, utara Semenanjung Gaza, pada hari Isnin, membunuh sembilan orang termasuk tiga kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa mayat sembilan syahid itu dibawa ke Hospital Beit Hanun bersama sejumlah warga lain yang cedera. Sumber setempat juga menyatakan pesawat tempur berkenaan menyasarkan sebuah motosikal di bandar sama yang telah membunuh pemandunya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : neina mukhtar