Aqsa: Polis menahan warga yang cedera, menghalang ratusan daripada dipindahkan

Rabu , 12-05-2021 – Bulan Sabit Palestin berkata, ratusan warga Palestin cedera, sebahagiannya serius, ketika serangan ganas oleh polis rejim ke atas Masjid Aqsa, yang bermula pada pagi Isnin.

Kru Bulan Sabit berjaya memindahkan setakat ini sebanyak lebih 175 warga yang cedera ke pusat perubatan lapangan dan hospital di Baitulmuqaddis. Manakala polis rejim masih menghalang memindahkan mereka yang cedera.

Kumpulan-kumpulan perubatan turut melaporkan sekurang-kurangnya 13 warga Palestin mengalami kecederaan mata yang serius ketika serangan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati