Haneya memberi amaran kepada Israel: Hentikan kekejaman atau terima akibatnya.

Rabu , 12-05-2021 – Pada hari Isnin lalu, pemimpin Hamas, Ismail Haneyya, mengatakan bahawa pihak penentang sudah bersedia dan tidak akan berdiam diri jika pendudukan Israel tidak mengundur diri dan menghentikan rancangan zalimnya di Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

Haneyya mengatakan dalam sebuah pernyataan media bahawa Gerakan berkenaan tidak akan membiarkan rancangan penjajahan di Baitulmaqdis menjadi kenyataan, sambil menambah, “Puak penentang akan melakukan apa sahaja yang mungkin untuk mencegah penjajahan dan peneroka haram daripada mencapai tujuan mereka”

Beliau memuji wira-wira berani di Baitulmaqdis dan Al-Aqsa yang mempertahankan Masjid tersebut dan berhadapan dengan polis Israel dan peneroka haram Yahudi.

“Kami akan terus menyokong Masjid Al-Aqsa dan orang-orangnya di peringkat politik, diplomatik, media dan kemanusiaan, dan menyediakan asas untuk keteguhan”, tambah Haneyya.

Pada pagi Isnin lalu, beratus-ratus polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang suci dan menyerang jemaah Muslim di sana yang telah mengakibatkan 300 orang cedera akibat peluru getah dan tabung gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul