Hamas menggunakan taktik serangan timbal balas, tanggungan Israel.

Khamis,13-05-2021 – Pergerakan Hamas pada hari Selasa menyalahkan rejim zionis Israel sepenuhnya atas sebarang serangan yang dilakukan ke atas kediaman penduduk awam di Semenajung Gaza dan mengesahkan taktik serangan timbal balas.

“Sifat kesatrian warga Palestin yang digalas oleh Briged al-Qassam telah menjalankan tanggungjawab dalam melindungi warga Palestin dan bertindak balas secara berdepan ke atas usaha penaklukan dan jenayah ke atas warga Palestin di Jerusalem serta jemaah di Masjid Al-Aqsa  dan serangan keatas penduduk awam, kanak-kanak dan kawasan pejuang Palestin di Gaza “ menurut jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa. 

“ Kami mengesahkan tiada pengunduran dari taktik timbal balas, dimana ianya ditumpukan  kepada musuh kami, rejim Zionis Israel “ tambah Baharoum sebagai jurucakap Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad