Haneyya bincang dengan Othman perkembangan di Jerusalem dan Gaza

Jumaat,14-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin tertinggi Hamas, pada hari Rabu telah berbincang melalui telefon dengan Dr. Saad al-Din al-Othmani, perdana menteri Maghribi berkenaan perkembangan berbahaya di Jerusalem dan Semenanjung Gaza.

Haneyya menerangkan kepada perdana menteri Maghribi tersebut berkenaan cubaan rejim Israel untuk menyingkirkan penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Jerusalem, cubaan untuk mengawal masjid al-Aqsa dan pencerobohan berterusan di tapak suci umat Islam tersebut.

Beliau menjelaskan keadaan semasa di Semenanjung Gaza, jenayah pihak rejim ke atas wanita dan kanak-kanak, pemusnahan rumah-rumah penduduk dan bangunan-bangunan kerajaan berikutan tindak balas pihak penentang Palestin dalam memenuhi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Jerusalem dan masjid al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan