Jumaat, 16/05/2008 –Sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak Palestin dan seorang wanita tercedera pada Khamis lalu apabila askar-askar rejim Zionis yang berpangkalan di sempadan Beit Hanon (Erez) utara Semenanjung Gaza telah menembak beribu-beribu warganegara Palestin yang berdemonstrasi berhampiran sempadan tersebut bagi memperingati ulang tahun Nakba ke-60 dan bantahan terhadap sekatan ekonomi Israel di Gaza.
Pergerakan Hamas yang menganjurkan perhimpunan untuk memperingati peristiwa itu mencabar Israel dan demonstrasi yang diadakan jelas menunjukkan ketabahan dan keazaman Palestin yang akan menjadi contoh untuk menghapuskan pencerobohan.