Puluhan serangan Israel memusnahkan bangunan keselamatan, dan menara kediaman

Jumaat,14-05-2021 – Pesawat perang Israel melancarkan lebih kurang 100 serangan di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada pagi Rabu dan memusnahkan semua balai polis dan satu Menara kediaman.

Serangan itu adalah paling ganas sejak kekejaman bermula pada dua hari lalu, memusnahkan semua balai polis serta sejumlah kawasan pejuang.

Iyad al-Buzm, jurucakap Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa sejumlah serangan udara oleh Israel telah meratakan semua kuarter polis di kawasan yang terkepung itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati