Sabri Seru Tunai Solat Jumaat di Halaman Al-Aqsa

Jumaat,14-05-2021 – Pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menyeru setiap rakyat Palestin yang dapat
sampai ke Al-Aqsa untuk menunaikan solat Aidilfitri pada hari Khamis dan menghadiri khutbah
Jumaat di halaman masjid.

Sheikh Sabri menekankan pada hari Rabu bahawa perlunya menghadiri kedua-dua solat
Aidilfitri dan solat Jumaat pada hari kedua Aidilfitri.

Beliau memuji penduduk di Semenanjung Gaza, menggambarkan mereka sebagai “tabah dan
sabar”, serta berdoa untuk para syahid dan berharap agar diberikan kesembuhan bagi yang
cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar