
Khamis,20-05-2021 – Presiden Turki, Reccep Toyyib Erdogan hari ini Isnin (17/5) mengajak dunia antarabangsa memberikan tekanan kepada Israel untuk memaksanya agar menghentikan pembantaian terhadap rakyat Palestin. Hal itu disampaikan Erdogan dalam pembicaraan melalui telefon dengan Paus Fransiscus, seperti disampaikan pejabat presiden Turki.
Pejabat Presiden Turki menyiarkan kenyataan Erdogan bahawa Palestin akan terus dibantai jika masyarakat antarabangsa tidak menghukum dan tidak memberikan tekanan kepada Israel atas kejahatan kemanusiaannya.
Sejak beberapa hari lalu, Erdogan melakukan perbincangan dengan sejumlah pimpinan dunia untuk menghentikan tindakan permusuhan Israel secara luas terhadap Semenanjung Gaza.
Erdogan menjelaskan kepada Paus bahawa penjajah Israel yang menghalang kemasukan warga Palestin ke masjid Al-Aqsha dan Gereja Kiamat. Israel mengekang kebebasan beragama dan membunuh warga sivil di Palestin. “Keganasan ini mengancam keamanan serantau.” Tegasnya.
Erdogan mengajak dunia antarabangsa agar memberikan pelajaran keras kepada Israel yang sepadan dengan kejahatannya dan mengambil langkah konkrit ke arah tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman