Categories
Berita Semasa

Haneyya : Bekalan Bahan Api Sedia Diuruskan.

Khamis, 29/05/2008 –Kerajaan sementara PA yang diketuai oleh Perdana Menteri, Ismail Haneyya menyatakan kerajaan beliau bersedia untuk menguruskan kemasukan bekalan bahan api Mesir untuk Semenanjung Gaza selepas Mesir mengumumkan satu rancangan untuk membekalkan wilayah tersebut dengan keperluan bahan api sambil menyatakan harapan langkah ini akan diterjemahkan melalui tindakan secepat mungkin.

Menteri Petroleum Mesir, Sameh Fahmi telah mengumumkan terdapat satu program bersepadu untuk membekalkan Gaza dengan gas dan bahan api secara teratur bagi menamatkan krisis bahan api.

Dalam pada itu, Ziyad Al-Zaza, menteri ekonomi Gaza menyatakan rasa berterima kasih kerajaannya kepada Mesir dengan perkembangan positif ini, tetapi beliau berkata setakat ini tidak wujud lagi prosedur-prosedur atau apa-apa hubungan dalam hal ini.

Zaza berkata kerajaan melihat ke depan pada saat ini apabila ekonomi Palestin terbuka untuk pasaran Arab melalui pintu Mesir dan membebaskannya dari sekatan ekonomi Israel.