Categories
Berita Semasa

Barak Seru Olmert Letak Jawatan.

Khamis, 29/05/2008 –Menteri Perang dan Ketua Parti Buruh Israel, Ehud Barak menyeru Perdana Menteri Zionis Ehud Olmert untuk meletak jawatan ekoran dakwaan skandal rasuah dan jika beliau enggan berbuat demikian maka Parti Buruh akan menyegerakan pilihanraya parlimen.

“Beliau tidak mampu menjalankan tugas sebagai perdana menteri dalam masa yang sama menghadapi tuduhan rasuah”, kata Barak.

Dalam masa yang sama beberapa blok parti menyahut seruan yang sama dan blok Meretz menggesa kerajaan alternatif ditubuhkan.