Jumaat, 30/05/2008 –Tahanan yang baru dibebaskan, Sa’eed Al-Dahrur telah menyeru Ketua PA Mahmud Abbas untuk menghulurkan tangan perdamaian dengan Hamas dan menyahut usaha gerakan tersebut untuk mengembalikan penyatuan kebangsaan. Ini dibuat beliau semasa sidang akhbar yang dibuat oleh Persatuan Wa’ed untuk tahanan dan bekas tahanan
Tentera rejim Zionis telah menculik Dahbur pada tahun 1993 semasa beliau masih menuntut di sekolah tinggi dengan tuduhan keterlibatan dengan perjuangan Palestin.
Bekas tahanan itu berkata, penculikan askar-askar Israel, bukannya perundingan, merupakan satu-satunya cara untuk membebaskan tahanan Palestin. Dia juga menekankan, tahanan-tahanan tersebut hidup dalam keadaan yang amat tragis dimana pelbagai jenis pencabulan hak asasi manusia dilakukan ke atas mereka dalam penjara-penjara Israel.
Beliau juga berkata, memuji kesabaran masyarakat Gaza di atas serangan Israel dan juga kreativiti mereka untuk memecahkan tembok halangan.