
Rabu,09-06-2021 – Pegawai Kanan Hamas, Mustafa Abu Arra yang sedang ditahan tanpa bicara lebih tiga minggu telah dinafikan dari menerima rawatan dan tidak diberi ubat oleh pihak penjara Israel, demikian kata keluarga beliau
Menurut anak lelakinya, Zaid, bapanya yang berumur 60 tahun telah diculik darri rumahnya di bandar Aqqaba yang terletak di utara Tubas pada pagi 12 Mei, berikutan kempen tangkapan besar-besaran yang dilakukan pihak rejim Israel di Tebing Barat ketika pihak rejim melancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza.
Zaid berkata bahawa bapanya menderita pelbagai masalah kesihatan kronik dan perlu mengambil enam jenis ubat setiap hari dan yang paling utama adalah ubat enzim yang sangat diperlukan berbanding ubat lain kerana sebarang penangguhan dari mengambilnya boleh menyebabkan orgàn limpa membengkak dan platelet dalam darah meningkat yang boleh menjadi punca utama kepada keadaan kesihatan bapanya jatuh teruk.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin