Rejim Zionis robohkan 10 kediaman di Jericho

Rabu,09-06-2021 – Kira-kira sebanyak 10 buah bangunan kediaman di kawasan Al-Ma’rjat, utara Jericho telah dirobohkan oleh pihak Zionis pada hari Isnin.

Menurut salah seorang aktivis Fares Kaabneh, beliau menyatakan bahawa rejim Zionis turut merobohkan 6 kandang kambing biri-biri dan 4 buah rumah di kawasan Arab al-Kaabneh di al-Ma’rjat tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa kesemua kemudahan dan penempatan ini merupakan milik warga Mahmoud al-Kaabneh dan 3 orang puteranya Odeh, Salem dan Ghaleb. Zionis telah merobohkan bangunan kediaman dan kandang di penempatan ini dengan menggunakan alasan bahawa bangunan tersebut tidak mempunyai lesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti