
Khamis,10-06-2021 – Rejim Zionis Israel bertindak ganas menyerbu beberapa buah rumah dan menahan sejumlah warga Palestin termasuk bekas tahanan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Kejadian berlaku lewat malam dan awal pagi hari Isnin, kelmarin.
Menurut sumber tempatan, anggota polis Israel menyerbu kawasan kediaman di barat Baitulmaqdis seperti Shuafat, Ras al-Amud, al-Qarmi dan al-Thuri dengan mengeledah masuk ke dalam rumah dan menahan beberapa orang penduduk Palestin.
Antara yang ditahan dikenali sebagai Abdullah al-Hashlamun, Abdul Rahman Abu Asab, Adam Sab Laban, Mohammed Abu Asab, Ahmed Ruken, Mahdi Salama, Riyad al-Ghazawii, Mohamed Yunis dan Abdul Razak Siyam.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin