
Isnin,14-06-2021 – Polis rejim Zionis Israel menyerbu beberapa kawasan di kawasan jajahan Jerusalem pada malam Rabu dan bertempur dengan warga Palestin. Polis rejim Zionis mengiringi lori kumbahan dan menyerbu bandar al-Tur dan menyerang beberapa orang pemuda di Jalan al-Jadeed. Beberapa saksi menyatakan beberapa orang pemuda membalas serangan tersebut dengan lontaran batu dan tembakan mercun kepada polis rejim Zionis dan juga ke arah kenderaan peneroka haram. Akibat serang balas itu, cermin kereta telah retak dan penumpang di dalam kereta itu cedera di samping dua polis rejim Zionis turut cedera.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad