Khamis, 12/06/2008 –Pada hari Selasa lepas Rejim Zionis telah merobohkan tiga buah rumah rakyat Palestin di kawasan Beit Hanina, Al-Salam, Attor di Jerusalem atas sebab tidak berlesen,
sementara anggota polis Israel menghadang kawasan terbabit untuk menghalang orang awam daripada keluar dan masuk sehingga tamat kerja-kerja pemusnahan.
Mahkamah Pusat Israel juga telah membuat keputusan untuk merobohkan rumah Ilhab Attawil di Beit Hanina untuk kali yang kedua. Rumah beliau itu di bina di atas
tanah runtuhan rumah lamanya yang dimusnahkan oleh jentolak Israel pada tahun 2005.