Khamis, 12/06/2008 – Pergerakan Hamas Rabu lalu menyatakan bahawa keputusan kabinet mini Israel untuk menggerakkan pasukan pertahanan yang berskala besar ke Semenanjung Gaza sekiranya usaha gencatan senjata gagal mendedahkan tujuan sebenar Israel yang terancang untuk menjustifikasikan pencerobohannya di wilayah itu.
Radio Yahudi melaporkan kabinet mini itu memutuskannya semasa mesyuarat tengah hari ini dan meminta kementerian pertahanan Israel bersedia untuk menggerakkan satu operasi ketenteraan besar-besaran di Gaza jika usaha Mesir gagal untuk mencapai perdamaian dengan Hamas.
Dalam satu siaran akhbar yang diperolehi PIC, Fawzi Barhoum selaku jurucakap Hamas telah menyatakan perisytiharan perang oleh Israel di Gaza ini telah mendapat restu pentadbiran Amerika sepanjang lawatan perdana Israel ke Washington baru-baru ini.