Categories
Berita Semasa

Hamas seru sertai perarakan besar-besar untuk Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis.

Rabu,16-06-2021 – Pergerakan Hamas menyeru penduduk Baitulmaqdis supaya menyertai  perhimpunan besar-besaran pada hari Selasa di perkarangan Masjidil Aqsa dan di sepanjang jalan di Kota Suci Baitulmaqdis bagi tujuan menghalang pihak pelampau Yahudi dari mengadakan  perarakan  mengibar bendera Israel yang disifatkan sebagai provokatif dan berniat jahat.

“Mari kita jadikan hari Selasa ini sebagai hari perhimpunan dan perarakan menuju Masjidil Aqsa dan juga  hari untuk menyatakan rasa marah serta penentangan terhadap penjajah rejim zionis Israel,” demikian kata jurucakap Hamas, Mohamed Hamada dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Ahad.

Pihak penganjur perarakan kibar bendera Palestin itu menyatakan telah mencapai kata sepakat dengan pihak polis Israel pada hari Jumaat lalu yang membenarkan mereka mengadakan perarakan itu  pada hari Selasa ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin