Categories
Berita Semasa

Wartawan dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh Israel.

Jumaat, 13/06/2008 –Mahkamah tentera Ofer telah menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas seorang wartawan yang berkhidmat dengan saluran satelit Aqsa TV, Mohammed Ezzat Al-Halaykaatas tuduhan bekerja untuk ‘musuh’ kepada stesen tersebut. Beliau yang berusia 25 tahun dan berasal dari al-Khalil di Tebing Barat turut dikenakan denda sebanyak 1,200 US dolar di samping hukuman penjara tersebut.

Halayka ditangkap oleh tentera rejim Zionis pada bulan Disember tahun lalu di atas tuduhan ‘bekerja dengan saluran TV milik Hamas’. Wartawan keturunan Palestin ini turut ditahan oleh pasukan keselamatan PA di atas arahan Presiden PA, Mahmoud Abbas. Ahalayka mendakwa telah dimalukan ketika disiasat oleh perisik-perisik PA mengenai penangkapannya oleh Israel