Jumaat, 13/06/2008 –Anggota Biro Politik Hamas, Jamal Abu Hashim menyatakan bahawa mesyuarat berterusan gerakan itu dengan pertubuhan-pertubuhan Palestin lain mengiyakan minat mereka terhadap kejayaan dialog kebangsaan, di samping menggariskan persetujuan gerakan itu hanyalah sebagai strategi dan bukannya taktik atau penggerak.
Di dalam sebuah kenyataan eksekutif kepada PIC, Abu Hashim berkata bahawa sebuah delegasi Hamas telah mengadakan rundingan dengan wakil pertubuhan Arab untuk pembebasan Palestin dan wakil pertubuhan pembebasan Arab pada hari Rabu untuk menambahkan lagi peluang untuk berdialog.