2 Pejuang Palestin Syahid Semalam.

Jumaat, 13/06/2008 –Dua pejuang Palestin telah terbunuh pada pagi Khamis lalu sewaktu konfrontasi bersenjata dengan askar-askar rejim Zionis di timur Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza yang meningkatkan bilangan para syuhada kepada sembilan orang rakyat Palestin sejak Selasa lalu.

Briged Martyrs Aqsa dan Briged Pertahanan Kebagsaan mendakwa mereka bertanggungjawab atas pertempuran bersenjata dengan askar-askar rejim Zionis sambil menambah pejuang-pejuang mereka telah mengatur untuk meletupkan bom dalam sebuah jip tentera Israel yang menyebabkan sejumlah askar mengalami kecederaan.

Empat rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak dan seorang lelaki tua telah terbunuh dalam serangan tentera Israel Rabu lalu di bahagian utara dan selatan Semenanjung Gaza.