Hamas : Kenapa Dahlan ?

Isnin, 16/06/2008 –
Timbalan Ketua blok Parlimen Hamas bagi Badan Perundangan Palestin, Yahya Mousa Ahad lalu menuduh pihak tertentu dan media perantara dalam kumpulan Fatah yang cuba untuk menggagalkan dialog kebangsaan dengan mencadangkan nama Mohammed Dahalan ke dialog itu.

Dahalan adalah salah seorang pemimpin utama dan pembiaya kewangan dalam kumpulan Fatah yang mengembangkan rasuah dan jenayah di Semenanjung Gaza sebelum Hamas memberhentikan aktivitinya yang mencurigakan dan merancang untuk membawa trend itu keluar dari Gaza sejak setahun lalu.

“Percubaan pihak tertentu dan media perantara dalam kumpulan Fatah untuk menjadikan Dahalan selaku wakil bagi dialog kebangsaan adalah satu tindakan provokatif yang bermaksud untuk meracuni suasana dalam dialog tersebut”, kata Mousa dalam satu temubual dengan Quds Press.