Taweel teruskan mogok lapar hari kedua puluh

Rabu, 23-06-2021 – Sheikh Jamal Al-Taweel, seorang pemimpin Hamas, meneruskan mogok laparnya di dalam penjara Israel untuk hari kedua puluh berturut-turut pada hari Selasa sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbirannya dan juga anak perempuannya.

Sumber dari dalam Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan berkata Taweel mengalami keletihan, pening dan sakit di seluruh badan, dan telah kehilangan berat badan sebanyak beberapa kilogram. Dia hanya minum air dan enggan mengambil makanan tambahan.

Taweel, 59, menolak keputusan pihak penceroboh Zionis untuk menambah tempoh tahanan anak perempuannya selama lagi tiga bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan