
Rabu, 23-06-2021 – Persatuan Badan Sosial Tempatan di Gaza, Selasa (22/6) menyatakan penolakan terhadap keputusan yang diambil Perdana Menteri Palestin dalam pertemuan di Ramallah pada Isnin lalu, berkait pembentukan kumpulan pembinaan semula Gaza.
Dalam kenyataan akhbarnya, Pihak Persatuan tersebut menyatakan, “Keputusan tersebut diambil tanpa berdialog terlebih dahulu dengan pihak-pihak berkaitan terutamanya mangsa serangan di Gaza serta tidak melibatkan organisasi sosial di Gaza.”
Pihak Persatuan menyeru agar persoalan pembinaan semula Gaza dihindarkan dari perselisihan dan perpecahan politik serta diadakan dialog serius di antara pelbagai pihak demi mendapat kata sepakat untuk langkah pembinaan semula Gaza secepatnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman