Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan tujuh warga Palestin di Jenin, seorang wanita di Ramallah.

Rabu, 23-06-2021 – Rejim Israel menahan tujuh pemuda Palestin dari beberapa tempat di daerah Jenin dan seorang wanita muda di Ramallah. Menurut sumber tempatan, pasukan khas rejim menahan empat pemuda ketika mereka berada berhampiran pos pemeriksaan tentera Dotan di bandar Ya’bad, selatan Jenin.

Empat mangsa yang ditahan itu dikenali sebagai Mohamed Ammuri, Mohamed Sayes, Mohamed Ar’arawi dan Ahmed Shawish.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin