Haneyya : Kami berusaha untuk satu mekanisma bagi memastikan kejayaan dialog.

Isnin, 16/06/2008 –Dalam satu sidang akhbar diadakan di Ghaza, Ismail Haneyya, ketua kepada kerajaan yang bertanggungjawab ke atas PA, menyatakan bahawa kerajaan dan pergerakan Hamas tidak cuba untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan kumpulan Fatah, sebanyak usaha mereka ke arah satu mekanisma untuk melahirkan keadaan yang sesuai bagi kejayaan dialog kebangsaan.

Dalam jawapan kepada soalan-soalan wartawan, Haneeya berkata bahawa dia telah menghantar mesej kepada ketua PA Mahmoud Abbas memberitahu bahawa Hamas mungkin mengambil langkah-langkah positif yang tidak dijangka jika beliau membenarkan dialog bermula.