Khudari: Eropah Perlu Main Peranan Besar.

Isnin, 16/06/2008 –
Ahli Parlimen Palestin Jamal Al-Khudari yang juga Ketua Jawatankuasa Anti Sekatan Israel menegaskan di Itali bahawa Eropah memegang tanggungjawab besar dalam menghalang sekatan Israel ke atas Gaza atas sebab Eropah mempunyai pengaruh kuat dalam setiap keputusan antarabangsa. Beliau berkata demikian dalam satu perhimpunan di bandar Siena Itali yang dihadiri masyarakat awam termasuk datuk bandar, ahli politik dan aktivis masyarakat yang pro-Palestin.

Beliau memberi gambaran kesengsaraan masyarakat Palestin di Gaza dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka. Menjawab kepada satu soalan daripada seorang pendengar, peranan yang dimainkan oleh negara Arab dan Eropah begitu terhad dalam usaha menyokong perjuangan rakyat Palestin dan jawatankuasanya sedang berusaha memperbaiki usaha ini.

Beliau menyeru mereka yang menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk sama-sama membantu dengan membuat acara-acara protes, menulis artikel dalam media, journal dan sebagainya. Beliau juga menyarankan sebuah laman web dalam bahasa Itali untuk menterjemah berita-berita Palestin.