Covid-19 : 1 kematian, 139 kes baru di Palestine dalam tempoh 24 jam

Isnin, 02-08-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin telah melaporkan 1 kematian baru yang berkaitan dengan Covid-19 (coronavirus), 139 kes positif dan 62 orang pesakit yang diletakan dalam tempoh pemulihan di Tebing Barat dan Jalur Gaza selama 24 jam pada Selasa lalu.

Menurut laporan harian kementerian, mangsa yang meninggal tersebut akibat virus itu berasal daripada Gaza.

Seramai 21 orang pesakit juga telah menerima rawatan perubatan di hospital dan pusat rawatan khas dan 9 orang daripadanya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti