Categories
Berita Semasa

Abbas : Rundingan Dengan Israel Gagal.

Selasa, 01/07/2008 –Presiden Mahmoud Abbas pada Isnin lalu telah menyatakan rundingan PA dengan kerajaan Israel gagal mencapai apa-apa kemajuan ketara setakat ini, sambil berharap situasi tenang antara Israel dan puak penentang Palestin akan menggesa ke arah “usaha damai” kelak.

Ulasan Abbas dibuat semasa ucapannya di hadapan kongres Kesatuan Afrika ke-11 yang berlangsung di pusat peranginan Mesir, Sharm Al-Sheikh Isnin lalu, di mana beliau juga menuduh kerajaan Israel berterusan menyerang penduduk Palestin, termasuk meneruskan pendudukan haram di Tebing Barat, terutama di bandar Jerusalem serta kepungan zalim di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.