Rabu, 02/07/2008 –Jawatankuasa popular terhadap pengepungan memberi amaran sektor swasta di Semenanjung Gaza kini berada diambang kejatuhan dan menjadi lumpuh manakala institusi-institusi PBB hanya berpeluk tubuh bagi menyelamatkan situasi ini daripada semakin teruk.
Jawatankuasa popular itu menyatakan sektor perdagangan lumpuh sepenuhnya kecuali beberapa kilang roti dan aktiviti berkaitan pengangkutan dan komunikasi yang juga diancam kejatuhan dari semasa ke semasa.
Menurut ahli jawatankuasa Philip Adjir, selaku pegawai senior dalam organisasi buruh antarabangsa menyatakan 80 peratus penduduk Gaza sangat memerlukan bantuan makanan, sambil menambah sektor swasta betul-betul tidak wujud kecuali beberapa kilang roti dan teksi.
Jawatankuasa itu juga menyatakan keupayaan produktif sektor swasta jatuh mendadak daripada 76 peratus sebelum peristiwa Intifada Aqsa kepada 31.1 peratus semasa suku pertama 2001.