Categories
Berita Semasa

HAMAS : Israel Langgar Lagi Perjanjian

Rabu, 02/07/2008 –Pergerakan Hamas menyatakan Selasa lepas bahawa keputusan Israel untuk menutup laluan Gaza sebagai satu perlanggaran kepada perjanjian damai dan bertujuan untuk mengugut pecahan Palestin dan penduduk Palestin dan menambah bahawa keputusan tersebut telah mencacatkan peranan Mesir.

Di dalam kenyataan Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas, beliau berkata bahawa ini adalah jelas satu ugutan oleh penjajah Israel dari perjanjian damai tersebut dan jelas bertepatan dengan kenyataan menteri luar Israel Tzipi Livni bahawa pembukaan laluan tersebut adalah dengan syarat askar Israel Gilad Shalit di bebaskan.