
Rabu, 11-08-2021 – Kelab Tawanan Palestin mengesahkan bahawa 13 tahanan meneruskan mogok lapar di penjara Israel. Salem Zaidat dari bandar Bani Naim di al-Khalil adalah yang pertama melakukan mogok lapar dan telah mogok selama 28 hari.
Kelab itu mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa dua tahanan, Muhammad Abu Sale dan Ahmed Abu Sal dari kem pelarian al-Aroub menangguhkan mogok lapar mereka setelah mereka mencapai kesepakatan untuk menetapkan tempoh penahanan mereka.
Tahanan yang sedang mogok lapar menghadapi keadaan kesihatan yang bertambah buruk dari semasa ke semasa kerana keengganan pihak berkuasa mengikuti permintaan mereka untuk mengakhiri penahanan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul