Categories
Berita Semasa

37 Warga Palestin Cedera Dalam Pertempuran di Beita

Rabu, 11-08-2021 – Sepuluh warga awam Palestin cedera ditembak peluru hidup dan peluru besi bersalut getah manakala yang lain mengalami masalah pernafasan pada Sabtu malam ketika pertempuran dengan Rejim Zionis di bandar Beita, selatan Nablus.

Ahmed Jibril, Pengarah Ambulans dan Kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, berkata pasukan ambulans membawa seorang warga Palestin yang cedera akibat peluru hidup di tangan ke Hospital Rafidia sementara sembilan yang lain cedera akibat peluru besi bersalut getah, 27 mengalami kesukaran bernafas, dan tiga jatuh semasa konfrontasi berkenaan.

Penduduk Beita telah mengadakan aktiviti tunjuk perasaan siang dan malam di persimpangan bandar berhampiran jalan utama untuk menuntut pembebasan jenazah syuhada Shadi al- Sharfa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar