Jumaat, 13-08-2021 – Seorang wanita muda Palestin mengalami kecederaan tembakan pada malam semalam apabila tentera rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya berdekataan bandar Huwara, selatan Nablus di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut semasa dia berada di persimpangan Salman al-Farsi berdekatan bandar Huwara.
Media Yahudi mendakwa wanita tersebut cuba untuk melakukan serangan tikaman di sekitar perkampungan Yitzhar, menambah bahawa dia ditahan selepas tentera melepaskan tembakan ke arah bahagian bawah badannya.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan