Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Merobohkan Dua Unit Flat Perumahan Palestin Di Silwan

Jumaat, 13-08-2021 – Jentolak milik Israel merobohkan dua buah flat perumahan di kota Silwan, Selasa (10/8) di kawasan selatan Masjidil Aqsa. Menurut sumber tempatan, jentolak milik Israel merobohkan dua buah flat perumahan milik dua orang warga Al-Quds bersaudara, Romah dan Ali Audah di daerah Bir Ayub kota Silwan Al-Quds.

Menurut sumber, pasukan penjajah Israel memaksa keluarga Audah untuk mengosongkan rumah mereka di daerah Bir Ayub sebelum proses perobohan dilakukan. Disebutkan bahawa flat yang dirobohkan merupakan bangunan dua tingkat milik Romah dan Ali Audah.

Warga kota Silwan mengecam keras tindakan merobohkan rumah oleh pihak otoriti penjajah Israel dan paksaan meroboh rumah sendiri dengan alasan remeh. Warga Palestin menuntut dunia antarabangsa membantu menghentikan perobohan yang dilakukan penjajah Israel yang bertujuan mengusir warga Palestin daripada kediaman mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman