Rejim Israel arahkan warga Baitulmuqaddis robohkan sebahagian rumahnya

Jumaat, 10-09-2021 – Rejim Zionis pada hari Isnin memaksa seorang pemuda Baitulmuqaddis untuk merobohkan sebahagian rumahnya di bandar Beit Hanina, di timur laut Baitulmuqaddis.

Fayez Izhiman, pemilik rumah tersebut, menjelaskan bahawa pihak perbandaran Israel mengarahkan beliau untuk meruntuhkan siling konkrit sebuah bilik di dalam rumahnya dan memberi beliau pilihan untuk menggantikannya dengan siling kayu. Oleh itu beliau terpaksa melakukannya sebelum mereka merobohkan semua dinding bilik tersebut.

Izhiman berkata pihak perbandaran juga kemudian menghantar krew untuk meletakkan tanda pada dinding bilik tersebut yang hendak dirobohkan dan memberikan beliau sehingga bulan hadapan untuk melaksanakan arahan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan