Sheikh Bakirat Seru Lindungi Aqsa Dari Penceroboh

Jumaat, 10-09-2021 – Sheikh Najeh Bakirat, Timbalan Pengarah Awqaf Islam di Jerusalem, telah memberi amaran mengenai hasrat kumpulan kuil Yahudi untuk mengadakan pencerobohan besar-besaran di Masjid Al-Aqsa untuk meraikan majlis keagamaan, dan mendesak para jemaah Muslim untuk berarak beramai-ramai ke laman suci itu untuk melindunginya.

Beliau yang juga ketua Akademi Sains dan Warisan Aqsa, menegaskan bahawa peneroka dan kumpulan Yahudi melampaui batas sekiranya mereka berani mencemarkan masjid untuk mengadakan sambutan perayaan Yahudi, dengan memberi amaran perbuatan itu akan mencetuskan perang yang berpanjangan di rantau ini.

Beliau juga menekankan bahawa kehadiran para jemaah Muslim secara intensif di dalam perkarangan masjid sangat penting untuk melindungi tempat itu dari diceroboh, terutama semasa cuti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar