Enam tahanan Palestine masih mogok lapar.

Jumaat, 10-09-2021 – Enam tahanan Palestine masih melakukan mogok lapar secara terbuka sebagai tanda protes terhadap penahanan mereka tanpa sebarang dakwaan mahupun perbicaraan.

Persatuan Tawanan Israel berkata 6 orang tahanan ini Kayed al-Fasfous, Meqdad Qawasmeh, Alaa al-A’raj, Hesham Abu Hawwash, Rayeq Besharat dan Shady Abu Aker yang masing-masingnya telah melakukan mogok lapar selama 54, 47, 29,21, 16 dan 13 hari.

Menurutnya lagi, sebahagian dari mereka mengalami keadaan kesihatan yang serius, terutamanya al-Fasfous, al-A’raj dan Qawasmeh. Beliau turut memaklumkan bahawa tahanan ini telah dibawa ke hospital dan kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti