Pemimpin Hamas: Gilani Suara Lantang Rakyat Palestin

Jumaat, 10-09-2021 – Ketua biro politik Hamas dan mantan perdana menteri Palestin, Ismail Haneyya, mengucapkan takziah atas kematian pemimpin veteran Hurriyat, Syed Ali Gilani, dan mengatakan bahawa Syed Ali Gilani juga merupakan suara lantang bagi rakyat Palestin yang tertindas.

Haneyya, ketika berbicara melalui telefon dengan penganjur Tehreek-e-Hurriyat Jammu dan Kashmir, Ghulam Muhammad Safi, mengatakan bahawa kematian Syed Ali Gilani juga menyedihkan rakyat Palestin.

Beliau mengatakan bahawa Syed Ali Gilani adalah contoh jelas perjuangan tersebut dan telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk kebebasan Kashmir dari penaklukan India.

Ketua Hamas tersebut juga telah menulis sepucuk surat kepada keluarga Gilani, kepimpinan Tehreek-e-Hurriyat Jammu dan Kashmir dan rakyat Kashmir di mana beliau telah memberikan penghormatan kepada Syed Ali Gilani atas sumbangannya terhadap gerakan kebebasan Kashmir dan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul