Rejim Zionis Tembak Pekerja Warga Palestin, Tahan Yang Lain

Isnin, 13-09-2021 – Rejim Zionis telah menembak pekerja Palestin berdekatan tembok aparteid di Perkampungan Rummeneh, barat Jenin pada hari Khamis dan menahan 10 warganya di pusat pemeriksaan Barta’a.

Rejim itu memperhebat kehadiran ketenteraan di barat Jenin dan mengerah ratusan tentera dan unit penyamarannya.
Pekerja warga Palestin kerap terdedah kepada penganiayaan oleh tentera Rejim semasa mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar